Beberapa
hari yang lalu, saya tidak dapat menulis mengisi Koleksi saya kerana saya dalam
perjalanan jauh ke beberapa tempat, terlibat dalam urusan meninjau dan berbincang
dengan pemimpin pertengahan UMNO yang digelar “Kelompok atas Pagar Berduri”.
Perhimpunan Mei 2000 memerlukan satu kajian strategi meninjau apa yang
sebenarnya hasrat akar-umbi untuk dijadikan panduan.
Kami telah menganalisis
perkembangan terkini dan melihat sejauhmana survival UMNO jika kepimpinan sekarang
masih meneruskan agenda untuk terus berkuasa. Tanpa mendapat kesimpulan yang pasti
(kerana politik sukar diduga), saya perturunkan pandangan beberapa pihak yang
tergabung dalam’kelompok’ ini.
Nampaknya, UMNO ADALAH dalam keadaan yang sangat-sangat
(repeat: sangat-sangat) BAHAYA dan TERTEKAN!! Mahathir dan mereka yang menerajui UMNO sekarang
hanya hidup dalam alam khayalan yang sangat merunsingkan mereka. Sokongan dan dukung
‘akar-umbi’ sudah reput termasuk komponen lain juga. Analisis perkembangan
kami (saya pertutunkan disini) dalam beberapa Bahagian kerana agak panjang.
Parti
Komponen BN telah memberi bayangan bahawa mereka juga sudah mulai menerima ancaman
‘berpaling tadah’ dari anggota parti walaupun pemimpin mereka masih akur
semata-mata kerana kepentingan diri. Itu adalah disebabkan bahawa sokongan orang Melayu
kepada UMNO tidak dapat dibaiki lagi.
Anggota grass-root komponen BN tidak mahu
orang Melayu menganggap mereka sebagai penyokong UMNO yang sudah ditinggalkan orang
Melayu. Bagi mereka, mereka cuma akan mengikut majoriti orang Melayu, bukan UMNO. Itu satu
perkara yang wajar diperhatikan oleh UMNO baik-baik.
Perkembangan dari
“ugutan” oleh Regim Mahathir melalui UMNO keatas Raja-Raja Melayu menjadi topik
hangat dalam setiap perbincangan kami. Hampir kesemua laporan akar-umbi UMNO
membantah sikap pemimpin sekongkol Mahathir dan UMNO kali ini. Nampaknya Mahathir mahu berkuasa
mutlak.
Sila teliti perkembangan (bagi mereka yang berminat termasuk elit
UMNO sendiri) sebagai kesimpulan dari pertemuan dan perbincangan sesama kami selama
beberapa hari:
Pandangan PENGANALISIS
RATA-RATA penganalisis politik
akar-umbi tempatan (dari semua pihak) telah membuat kesimpulan bahawa agenda
Mahathir yang sengaja menyeret dan melibatkan ugama Islam sebagai bidang kuasa
Raja-Raja Melayu kedalam politik UMNO adalah satu langkah paling MERBAHAYA dan
paling tidak wajar dilakukan oleh sebuah parti politik yang memperakukan form dan
formatnya sebagai berhaluan “Demokratik” dan “non-royalty intervention
oriented”.
Rancangan Mahathir Memerangkap Raja-Raja Melayu Dikatakan
sangat MERBAHAYA kerana status Raja-Raja Melayu adalah terkecuali dari bidang politik. Raja-Raja
Melayu tidak memihak mana-mana parti. Tetapi, Mahathir telah sengaja meyeret dan
melibatkan Raja-Raja Melayu dan meletakkan Raja-Raja Melayu dalam situasi
MEMERANGKAP dan BERPERANG dengan rakyat.
Padahal yang sebenarnya, Mahathir dan
kuncu-kuncu elit UMNO sendiri yang sedang BERPERANG dengan RAKYAT, khususnya Orang
MELAYU dan penganut ugama ISLAM di negara ini!!
Rais Yatim telah beri TUGAS dan
PERANAN mengeluarkan kenyataan awal yang PALSU tetapi sangat MERBAYA dengan menggugat
keharmonian hubungan orang Melayu (sinonim Islam) dengan Raja-raja Melayu. Andai
kununnya kejadian di Iran (keatas Regim Shah Iran yang dirsingkirkan oleh mullah
Islam) akan berlaku di negara ini.
Kenyataan Rais Yatim adalah satu Agenda
Fitnah Mahathir yang samasekali tidak wajar dilafazkan. Kononnya wujud pula di negara
ini parti yang menggunakan “ugama secara melampau’ adalah PEMBOHONGAN dan FITNAH
yang sangat MERBAHAYA berbentuk HASUTAN paling JAHAT dan berniat buruk.
Katanya:
Jika dibiarkan ‘golongan pelampau” itu akan menceroboh Istana dan mengambil alih
kuasa Raja-Raja Melayu. Oleh itu, gejala itu wajar diambil tindakan serta-merta
sebelum terlambat. Bermakna, jika tidak, negara ini akan jadi sebuah Republik.
Rais
Yatim dan Kadir Talip “Perkakas”
Bermula dengan gabungan kenyataan Rais Yatim
dan Kadir Talip (bekas mufti Wilayah Persekutuan) yang tersiar di akhbar-akhbar,
rakyat yang peka-politik nampak ketara bahawa kenyataan itu memang sebahagian dari rancangan
memberi laluan yang dirancang khas oleh Mahathir dalam AGENDA MEGAnya untuk
melaksanakan AKTA memisahkan politik dari ugama (pada peringkat awal).
Mereka
berdua telah dijadikan “alat dan perkakas”. Dengan itu, Mahathir berharap Raja-Raja
Melayu akan dapat termakan dengan ugutan palsu itu dan bersetuju menyerahkan usaha
merapatkan orang Islam yang kononnya berpecah-belah. Sebenarnya, orang Melayu (sinonim Islam)
tidak pernah berpecah di negara ini seperti yang dibohong dan difitnahkan oleh
Mahathir. Tujuan Dr. Mahathir semata-mata hendak menggunakan istilah “orang
Melayu”, tetapi dalam kontek itu ia menggunakan orang Islam kerana parti yang menjadi
dendam kesumat Mahathir ialah Parti islam Se Malaysia (PAS).
Mahathir berharap
dengan persetujuan itu, rancangannya akan membuatkan orang Melayu menurut perentah Raja-Raja
Melayu yang memberi ruang kepada pejabat ugama (dibawah kuasa eksekutif Kerajaan
UMNO/BN) melakukan tindak melaksanakan Rancangan Meganya. Inilah penipuan merebut
kuasa paling jijik dan licik!!
Soalnya parti mana dan siapa penganjurnya?
Fitnah
rancangan Mahathir-Rais itu adalah satu hasutan yang amat serius. Walaupun ia sengaja
diada-adakan untuk dijadikan sebagai bahan ugutan dalam RANCANGAN MEGA Mahathir
untuk merebut kuasa Raja-Raja Melayu, Mahathir telah berjaya merebut kuasa itu.
Mahathir
telah menggerakkan mesyuarat Raja-Raja Melayu supaya memberi Kerajaan beliau (UMNO/BN)
kuasa tambahan kepada diri beliau (Mahathir. Dengan itu, ia boleh bertindak
menangani isu palsu yang tidak wujud itu. Mahathir akan menggunakan kuasa
pentadbiran ‘agama Islam’ yang dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu secara paling
tidak demokratik dan zalim. Sebagai permulaan, sudah ada bokti byata masjid-masjid dan pegawainya
telah menjadi mangsa. Kesannya, FITNAH Mahathir itu sangat MERBAHAYA kepada semua
pihak.
Nampak sekarang bahawa Mahathir benar-benar sudah hilang akal dan tidak
mampu lagi meraih sokongan orang Melayu kepada UMNO dan BN mengikut cara konvensyenel. Kini
beliau menggunakan sudut Islam sebagai usaha terakhir (last resot) pula.
Dengan
menggunakan objek “Islam” dan memutarbelit memanipulasikan “Islam” dibawah
jabatan Ugama Islam, Mahathir menjangka bahawa orang Melayu (sinonim dengan orang
Islam) akan menolak pengaruh PAS. Dengan itu sekaligus Mahathir akan cuba menyekat
kegiatan PAS, menekan dengan pelbagai peraturan, dan akhirnya MEMUSNAHKAN parti itu
secara “jalan pintas”. Mahathir mahu orang Melayu menyokong UMNO secara manipulasi
dan paksaan!! Itu lah dia gejala dan agenda Diktator Mahathir terbaru.
Rakyat
telah menyaksikan bahawa Mahathir dan komplotnya telah berkrisis dengan Raja-raja
Melayu sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1984 dan 1993. Akhirnya kuasa Raja-Raja
Melayu telah diambil alih oleh beliau. Sekarang, Mahathir telah menganggap dirinya
‘kebal’ mengatasi undang-undang dan Perlembagaan. Raja-raja Melayu dipihak yang
tunduk kepada kuasa mutlak Mahathir hasil anugerah segeintir pemimpin UMNO yang
dirasuah!!
Hari ini, sebuah “REPUBLIK BAYANGAN” telah wujud dan Mahathir
adalah “PRESIDEN REPUBLIK MALAYSIA” tanpa diistiharkan secara resmi. Itulah dia
rencana dan MUSLIHAT Mahathir dengan menggunakan UMNO!!
Apa Mahathir Akan
Lakukan?
Kami telah berbincang dan meneliti bahawa permusuhan Mahathir adalah
dengan PAS [sebagai sebuah parti yang telah mampu mewakili majoriti orang Melayu
(sinonim dengan orang Islam)]. Kejatuhan Terengganu dan termusnahnya peluang UMNO di
Kelantan dan beberapa buah negeri lain amat memalukan Mahathir. Kerana PAS makin
berjaya dan berkemungkinan besar akan memusnahkan peluang UMNO dan BN dalam mP/raya
Ke-11 ini diperingkat permulaannya, Mahathir akan mengenakan sekatan yang lemah
seperti menukar J/Kuasa Masjid, dll.
Kemudian Mahathir akan menggunakan pelbagai
Akta-Akta yang digubal khusus untuk memaksa PAS menggugurkan perkataan “Islam”.
Dengan HARAKAH tidak boleh diedarkan lagi, aktiviti PAS akan tersekat dan ceramah PAS
dicegah seluruh Negara. Mahathir berharap akan melemahkan PAS.
Tetapi jika
tindakan itu tidak berkesan juga, melalui UMNO (yang dipaksa bersikap ‘kurang
ajar’) dan akan mencadangkan PAS dibubarkan, dimusnah dan diharamkan terus.
Mungkin pada waktu itu Raja-Raja Melayu akan insaf dan sedar siapa yang berusaha
meceroboh istana, menyingkirkan Raja-Raja Melayu dan mengistiharkan negara ini
sebuah Republik!!
Memang itu adalah satu rancangan PALING jahat, hina dan
non-politik yang tidak mudah dilaksanakan. Kerana, orang Melayu dan orang lslam di
negara ini tidak sedungu itu menilai rancangan “semborono” dan pembohongan
PALSU Mahathir. Mungkin pada waktu itu Raja-Raja Melayu akan nampak siapa dia beragenda “Republikan”
seperti ugutan Rais Yatim.
Mahathir telah terbokti menyalahgunakan kepercayaan dan
amanah Rakyat dan Raja-Raja Melayu. Dengan kuasa dan kebenaran kuasa Raja-Raja Melayu
untuk di ‘execute’ dan dimanipulasi oleh Regim ini secara Diktator, Mahathir
memiliki kuasa berganda. Sebenarnya, Mahathir sedang meletakkan batu asas sebuah
negara Republik. Mahathir tidak tahu bahawa beliau sedang mendorong orang Melayu
menentang Regimnya ini lebih dahsyat dan hebat dari yang lepas-lepas.
Apa
juga kesudahannya (jika berlaku pegaduhan dan sebagai kekacauan ataupun TIDAK),
Mahathir WAJAR ditafsirkan DAN layak dianggap sebagai “Penjenayah” negara
terbesar. Dibawah Perlembagaan Malaysia, peruntukkan khusus disebut perbuatan
Mahathir itu sebagai “national traitor”, melakukan “Treason” atau “Mengkhianati
Negara” yang membawa decree hukuman mati dan semua harta akan dirampas!! (rujuk
Perlembagaan).
Apa AGENDA MEGA Mahathir?
Agenda Mahathir memperalatkan
persetujuan Raja-Raja Melayu (kununnya) untuk menyatukan umat lslam (memang fungsi
raja2), akan meningkatkan kuasa DIKTATOR Mahathir ketahap maksima. Sekian lama Mahathir
telah diperakukan oleh UMNO sebagai Diktator yang berkuasa mutlak dibidang
“politik dan Pentadbiran”. Kuasa pentadbiran ugama Islam adalah kuasa terakhir Raja-Raja
Melayu yang akan MELENGKAPKAN Dr. Mahathir dengan satu kuasa pentadbiran yang baru
iaitu “Kuasa Mentadbir Ugama Islam” pula.
Dengan lengkapnya kuasa Mahathir
itu, maka SAH dan Resmilah Mahathir berkuasa TOTAL selaku seorang PRESIDEN
‘bayangan”. Raja-Raja Melayu telah TERPERANGKAP dengan sendirinya kerana memberi persetjuan
mereka. Kini Mahathir boleh bertindak sewenang-wenangnya untuk melaksanakan apa juga
jenis AKTA yang akan memberi kuasa kepada beliau untuk melakukan sesuatu hingga
mencemarkan kesucian Islam (tanpa tegahan lagi).
Dengan itu, Mahathir bila-bila
masa boleh mengistihrkan mana-mana AKTA yang bersesuaian untuk memusnah PAS sebagai
Pembangkang sekalipun membatalkan Parti PAS. Dalam Agenda Mahathir, itulah jalan
pintas bagi Mahatahir memerangkap PAS dan orang Melayu yang membantah dan tidak
menyokong UMNO!! SATU taktik jahat lagi busuk terang-terang.
Mahathir tidak mahu
orang Melayu ada sebarang pilihan politik selain dari UMNO. Mahathir beragenda
mahu MEMAKSA orang Melayu dan Islam menyokong UMNO dengan pengakuan dan alasan PALSU
untuk menyatukan umat Islam.
Dengan mengunakan seluruh jentera PENTADBIRAN, WANG dan
MEDIA MASA; Mahathir akan bertindak lebih ganas dan zalim keatas orang Melayu dan
para ulamak Islam yang engkar perentah Diktator itu. Akta-akta akan digubal
memboehkan para ulamak Islam yang membantah dipenjara. Mereka akan disamakan sebagai
membantah titak Raja-raja Melayu, undang-undang pentadbiran ugama Islam dan Kerajaan
UMNO/BN. Disinilah merbahayanya.
Dengan menyeret dan menggunakan PERSETUJUAN
Raja-Raja Melayu, Mahathir berhasrat besar utuk melaksanakan sewenang-wenang nama
UMNO melalukan kerja jahat dan busuk untuk mengenakan tindakan keatas parti PAS
sehingga ketahap mengharamkan PAS. Alasan yang akan diberi kelak ialah kununnya
“demi untuk menyatukan semula orang Islam”. Hakikat sebenarnya Mahathir memaksa
orang Melayu dinegara ini mengundi UMNO/BN.
Harapan Mahathir ialah dengan
menggunakan persetujuan dan kuasa eksekutif Raja-Raja Melayu yang dipinjamkan kepada
kerajaan BN (sebenarnya Mahathir dalam UMNO yang bermusuh) akan membolehkan Mahathir
bertindak lebih kejam dan sewenangnya apa jua yang mebolehkan ativiti PAS tersekat,
dicegah dan dimansuhkan. Itulah agenda dan dalam poses perlaksanaan.
Mahathir
Lupa Samasekali LUPA!!
TETAPI Mahathir samasekali lupa bahawa kebencian orang Melayu
kepada UMNO telah sampai ketingkat maksima. Mahathir tidak akan berjaya memperbetulkan
keadaan UMNO lagi dengan menggunakan penguatkuasaan Islam mengikut cara
UMNO-Mahathir, WAIMA dengan memansuhkan PAS sekali pun. Mahathir tidak mau
mengakui bahawa kebencian orang Melayu kepada UMNO bukan kerana PAS, tetapi kerana
sikap pemimpin UMNO/BN sendiri.
Mahathir dan seluruh UMNO kena ingat bahawa PAS
adalah sebuah parti “politik rakyat” yang tegak diatas landasan KEBENARAN,
KETELUSAN dan KEHARMONIAN. Ia terhasil dari jalinan inspirasi keyakinan hubungan “Rakyat-Parti”.
Makin hari, orang Melayu (sinonim Islam) makin hilang keyakinan kepada UMNO. Keadaan
ini sangat sukar ditandingi oleh UMNO “Baru” denganKeDIKTATORan Mahathir menjadi
punca.
PAS sudah mengambil tempat UMNO “Asal” sepertimana orang Melayu dan
orang lslam mula-mula menentang penjajahan; dan berakhir dengan pentangan terhadap Malayan
Union dulu. Orang Melayu menaruh keyakinan kepada PAS dan Barisan Alternatif kerana
matlamat mereka lebih memihak kepada rakyat. UMNO cuma tegak untuk kepentingan diri
pemimpin yang mangaut-bolot harta rakyat. Ini bukan fitnah melulu, tetapi adalah kebenaran
yang nyata.
UMNO telah GAGAL mempengaruhi orang Melayu. Orang Melayu telah
membandingkan UMNO “Mahathir” sebagai “Regim Diktator” yang 100% dibawah
TELUNJUK dan susun-atur dan arah-perentah Mahathir sendir!! Mahathir tidak peduli
lagi kepada kesejahteraan rakyat.
Orang Melayu sudah membaca bahawa UMNO
‘Baru’ tidak lebih dari “hak-milik” peribadi Mahathir dan sekumpulan
“elit-UMNO” yang sekarang sedang bermewah-mewah merogoh harta rakyat, melakukan
serba macam RASUAH dan PENUELEWENGAN Dasar negara dan pentadbiran, mencekik dan
memaksa rakyat (khususnya orang Melayu) menafikan hak politik dan kebebasan hak asasi
mereka!!
Rakyat dipaksa menerima KEZALIMAN dan UGUTAN dan menegakkan keharmonian
kaum yang “palsu”. Sementara orang Melayu telah terasa diinjak dengan pelbagai undang-undang
dan peraturan, hingga orang Melayu terasa diri mereka golongan kaum yang diabai dan dinafikan
hak dan KETUANAN semata-mata “memuja” patong palsu bernama “UMNO” dan Mahathir
sebagai Padri Besar.
Kini orang Melayu sudah melihat bagaimana ugama mereka (ie.
Ugama Islam) disekularkan dan diberi nafas dan tafsiran mengikut hukum akal oleh
ulamak-ulamak upahan Mahathir Mohammad. Mereka dipaksa mengikut telunjuk Mahathir
yang sudah bertukar menjadi penganjur seperi KAMAL ATTARUK.
Orang Melayu telah
dipaksa oleh UMNO supaya menerima pemimpin yang tidak disukai oleh orang Melayu. Mereka adalah
dilantik oleh Mahathir dan elit UMNO saja. Sementara UMNO tidak lagi mewakili
msyarakat dan umat Melayu.
Banci terakhir menunjukkan bahawa anggaran orang Melayu
menyokong UMNO tidak lebih dari 24.6% dari jumlah orang Melayu di negara
ini. Ini adalah banci UMNO sendiri berasaskan kepada jumlah sokongan dari analisis
keputusan P/raya ke-10.
Bermakna, 75.4% orang Melayu TIDAK lagi menyokong UMNO.
Jika ada calun-calun UMNO menang, itu adalah atas sokongan pengundi bukan Melayu
(khusunya China). Ini adalah terbalik dari keadaan zaman lampau bahawa calun-calun
MCA dan MIC menang kerana sokongan orang Melayu (yang rata-rata adalah penyokong UMNO).
Musa
Hitam hakim UMNO melihat gejala ini sebagai satu dari beberapa petanda bermulanya
kejatuhan UMNO/BN. Jika permasalahan itu tidak ditangani serta-merta (if the
problems are not addressed immediately kata Musa) mengikut kemahuan orang Melayu;
maka keadaan akan menjadi runcing dan tidak terkawal. Akhirnya berkesudahan dengan
kehancuran UMNO secara “TOTAL dan wholesome” .
Orang Melayu dan Islam yang
dianut orang Melayu dinegara ini berpegang kepada Mazhab Sunnah wal Jamaah tidak
mungkin disekularkan oleh sebarang unsur bercanggahan. Scholars dan pakar Islam
di negara ini terlalu sukar diperkutak-katikkan, kecuali mereka yang sudah masuk
“Perangkap” ugutan, bujukan dan umpan habuan dunia kemewehan Mahathir dalam
politik. Tetapi kebanyakan mereka sudah tumbang dan dimusnahkan dalam Pilihanraya
Ke-10 dulu.
Sementara itu, PAS telah memulangkan “Hak-hak” hak penentu
kepada orang Melayu dan orang Islam. Dalam Barisan Alternatif pula, gabungan itu telah
memberi hak kepada Rakyat semua kaum kebebasan untuk bergerak dan membangunkan
negara dan bangsa secara harmoni dan bebas untuk maju setanding dengan hasrat dan
kebebasan “globalisasi” yang mecabar.
Regim Mahathir ternyata telah
mengongkong dan menzalimi rakyat hingga rakyat hilang harga diri. Mungkin, Mahathir
wajar disingkiirkan oleh UMNO sendiri. Jika tidak UMNO/BN akan menjadi bahan kajian sebuah
sejarah tumbangnya sebuah parti politik yang akhir mati tanpa DIHARAMKAN!!
Catatan
Ditulis
setelah mendapat fakta dan nasihat rakan-rakan. Amat berguna sebagai bahan sebaran bagi maklumat
rakan-rakan yang sedang berkempen di Sanggang.
Amin Sapiro (Ahli UMNO
atas Pagar Berduri)
|